Sabtu, 26 Disember 2009
HOMESTAY TAHFIZ DAN JATI DIRI FATAYAT YANG MENGUJA
Selasa, 22 Disember 2009
Jaulah Ziarah
Jauh perjalanan Luas pengalaman.. Program jaulah ziarah yang di sertai oleh beberapa orang akhawat dan anak-anak meninggalkan kenangan manis yang akan terpahat di hati. Jaulah ziarah yang telah berlalu pada 6 dec 2009 yang lalu merupakan program penutup tirai buat tahun 2009 ini.
Walaupun hanya di sertai oleh 2 buah kenderaan 4wd, namun sudah cukup untuk memberi impak tarbawi buat yang menyertainya. 5 buah rumah yang dikunjungi bermula seawal lebih kurang jam 8 pagi. Menziarahiteman yang berada di luar daerah Seremban.
Rumah pertama yang di kunjungi ialah rumah ustazah Nik Norsaha, rombongan di sambut dengan ramah mesra sekali di kediamannya di Taman Seri Rembau yang baru sahaja didiami. Bertaaruf bagi yang belum berkenalan dan bertanya khabar. Berlaku juga episod jejak kasih antara guru dan murid di check point ini, Di mana ukhti Hajar menitiskan air mata terharu apabila bertemu gurunya ustazah Nik yang sudah tidak ketemu sekian lama.
Perjalanan yang masih muda di teruskan. Ustazah nik turut menyertai jaulah ini untuk menjenguk ukhti Hasmah di kediamannya di Tampin. Demikian juga halnya , hangat ukhuwwah yang dapat di rasai. bersembang berbual bagaikan adik beradik. Bersarapan dengan aneka juadah. Roti jala yang dibawa khas dari Seri Rembau, Lontong, Mee hon , Keropok, jeli dan minuman sudah cukup mengenayangkan.Namun ini bukanlah rumah yang terakhir.
Kedua kenderaan 4WD yang dinaiki untuk jaulah ini terus meluncur menuju Gemencheh. Pserta-peserta cilik seperti Naim, Farhad, amal, jihad , Rumaiso', rufaidah dan iman menyerikan lagi program ini. Begitu juga anak-anak perempuan yang di bawa agar terus menyemai kasih antara mereka dengan makcik-makcik. yusra, Nabaha dan Atirah adalah tiga orang puteri yang turut memeiahkan jaulah ini.
Di Gemencheh rombongan menziarahi ukhti Maziah sekeluarga, anak-anaknya 5 0rang semua berada disisinya. Terubat rindu kerana sekian lama tak berjumpa. Di sini waktu zohor telah masuk tiba masanya untuk bersolat. Aduh.. Ustazah Maziah rupanya dan bersedia dengan nasi impit dan rendang ayam..! alhamdulillah semua dinikmati dengan syukur,,
Walupun sang suria sudah mula gelincir namun perjalanan masih perlu di teruskan. iaitu ke Seri Jempul yang perjalanannya memakan satu jam juga. Bertolak jam 3.30 dan sampai dirumah ukhti Huda jam 4.30 petang. Beliau tinggal di kuaters jabatan agama Jempol. Kalau tak ikut jaulah ni entah bilalah akhawat kan sampai di sini, al maklumlah masing-masing sibuk..
Seperti iasa Ukhti huda menyambut dengan senyumannya.. dan ada suprise lagi.. Ukhti huda menyambut dengan hidangan air tangannya sendiri, roti buatan sendiri di cecah kari daging dan pizza. Rendang yang kami bawa tak sempat di jamah.. tak muat perut!!
Alang-alang sampai di sini ahlil jaulah melapangkan masa untuk melawat-lawat kedai mini ukhti Huda.. kedai barang makanan halal. Bershopinglah akhawat di sini.. bawa balik buah tangan untuk anak-anak dan suami di rumah kononnya, di samping membantu memajukan kedai Puan Huda.
Mata hari sudah semakin terbenam,, ayuh... satu rumah lagi yang perlu di ziarahi. Kediaman ukhti Zubaidah, yang ketika ini sedang menjaga ibunya yang sakit tua,, Semuga ziarah ini akan membawa rahmat..Azan maghrib berkumandang ketika jaulah betulbetul berada di pekan kuala Pilah. Singgah masjid?? tak.. sebab anak-anak yang ramai agak kurang selesa sedikit.
Setelah solat maghrib di rumah Ukhti Zubaidah, beliau menjemput ahlil jaulah untuk makan malam. Murah rezki rupanya orang bermusafir ni.Anak-anak makan dengan selera sekali..
Tibalah waktu untuk beransur pulang. Jaulah sudah sampai kepenghujungnya. Walau letih tapi puas dan berbaloi.. itulah kemanisan ukhuwah.. Setelah buah tangan dihulurkan,, masing-masing bersalaman untuk pulang . Jam 9.45 malam perjalanan pulang ke Seremban.
Tiba d Seremban jam 10.30 malam. Semuga Allah merahmati jaulah ziarah ini.
Isnin, 21 Disember 2009
IBADAH KORBAN MENAUT PERSAUDARAAN
Isnin, 7 Disember 2009
NAZIM SEREMBAN SEMAKIN KE DEPAN
Isnin, 2 November 2009
MONOLOG WALIDAIN
NAZIM DI AIDIL FITRI
Khamis, 24 September 2009
IFTAR BERSAMA SAUDARA BARU.
RAMADHAN YG TELAH BERLALU
Jumaat, 26 Jun 2009
SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA BUAT KRIM & NAZIM

Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dan Kelab Nadi Asybal dan Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban. Para remaja yang berumur antara 10-15 tahun daripada pelbagai latar belakang dan sekolah telah mula hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mendaftarkan diri






.
.
Rabu, 3 Jun 2009
WANITA ISMA SEREMBAN MABIT BERSAMA WANITA SURAU IBN KHALDUN

Fajar 29 mei 2009 membuatkan anak-anak yang bernama pelajar sekolah menghela nafas panjang, hari jumaat… hari terakhir sekolah minggu ni, nak cuti pertengahan semester selama dua minggu. Mungkin dah siap planning nak buat berbagai program dan aktiviti.
Wanita ISMA Seremban mencuri sedikit masa lapang para ibu pada jumaat malam sabtu untuk program mabit bersama masyarakat. Maklumlah kalau lewat di rancang cuti sekolah dua minggu nanti peserta-peserta yang di harapkan hadhir sudah pasti bertebaran ke sana sini.
Bertempat di surau Ibn Khaldun. Lavender Heights, Seremban,N. Sembilan, program Mabit [malam bina iman dan taqwa] telah berjaya di adakan dengan kerjasama Wanita Isma dan wanita surau itu sendiri.
Sambutan amat menggalakkan bagi pihak wanita surau. Kehadiran mencecah 37 orang. Pada jam 9. 30 malam, majlis di dahului dengan sedikit jamuan ringan sementara menunggu kehadiran penuh.

Secara rasminya mabit bermula jam 10.30 malam dengan bacaanAl Quran surah al Muzzammil dan sedikit tazkirah mengenai qiamullail oleh ustazah Norlida merangkap penyelaras pada malam itu , yang mewakili wanita surau dan wanita Isma serentak.
Acara di teruskan dengan sesi taaruf. Sebelum tidur para hadirin membaca Al Quran secara berkumpulan . Jam 12.30 malam barulah berkesempatan untuk meluruskan tubuh merehatkan diri . Malam itu hujan turun membasahi bumi, membuatkan suasana lebih sejuk dan nyaman.
Namun suasana tersebut tidak melalaikan peserta dipembaringan mereka . Peserta nyata amat bersemangat, se awal jam 3.00 pagi mereka sudah bangun untuk qiam fardhi. Qiam jamaiyy bermula jam 4.00 pagi, dengan solat hajat, solat tahajjud dan solat witir di samping diselang seli dengan doa.
Apabila tiba waktu solat subuh para peserta bersolat subuh bersama jemaah surau. Di sesi penutup sedikit ucapan dari ketua Wanita Isma Seremban , Dr.Zainon Yahya melahirkan rasa syukur di atas program yang telah dapat di jayakan, beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan yang di berikan dan mengajak sama-sama mempraktikkan Islam secara syumul. Tak lupa juga beliau memperkenalkan ISMA secara sebagai NGO dakwah dalam ucapannya yang mensasarkan “Melayu Islam” untuk menghayati Islam. Menjemput mereka bersama-sama menyumbang tenaga dalam sukarelawan ISMA dan menghantar anak-anak mereka menyertai program-program anjuran ISMA.
Bagi pihak wanita surau Ibn Khaldun pula iaitu Datin Murni selaku penasihat program mengucapkan rasa gembiranya terhadap kerjasama yang diberikan oleh wanita ISMA dan mengharapkan agar ia akan dapat di adakan setiap sebulan atau dua bulan sekali. Dan ucapan terakhir dari Puan Norijan yang merupakan pembantu penasihat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengimamkan solat. Beliau mengatakan sambutan seramai 36 orang adalah satu angka yang amat baik pada program yang pertama kali di adakan itu.
Jika di tanya kepada wanita-wanita surau yang hadhir mereka semua menyatakan rasa gembira dapat beramai-ramai bermalam dan berqiamullail walaupun sebahagian daripada mereka adalah terdiri daripada para pesara.
Mabit diakhiri dengan sarapan nasi lemak dan kopi susu. Semuga amalan akan di terima oleh Allah. Program yang julung-julung kali di adakan ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta kepada Islam kepada semua yang hadhirseminar pendidikan anak-anak 2009




" Tarbiyyah berkesan keluarga cemerlang" , merupakan tajuk pilihan Biro keluarga Wanita ISMA NS untuk seminar pendidikan anak-anak kali ini. Seminar yang dihadiri oleh lebih kurang 90 orang ahli ISMA NS telah berlangsung di dewa theateret di Pusat Dakwah Islamiyyah , Paroi , Seremban pada 17 mei 2009.
Penceramah undangan kali ini ialah Ustaz mohd. Nidzam ABd.Kadir seorang penceramah yang tidak asing lagi, yang sering memenuhi jemputan di talivesyen dan telah menulis beberapa buah buku.
Program kekeluargaan dan pendidikan anak-anak yang di adakan secara tahunan adalah bertujuan untuk melihat kembali perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam pendidikan anak-anak dan kekeluargaan. Pengetahuan ini perlu di upgred selalu dan di perhangatkan agar tidak terlepas pandang. Kerana kesibukan dalam tugas, kerjaya dan tanggungjawab-tanggung jawab dalam masyarakat tidak sepatutnya menjadi alasan untuk terabainya anak-anak dan keluarga.
Perkongsian pengalaman, teguran-teguran, tip-tip , petua , dan info-info perlu digarap oleh peserta dengan baik apabila selesai seminar. Ibu bapa dan pasangan suami isteri sewajarnya bercita-cita untuk menjadikan rumahnya madrasah dan syurga bagi keluarganya, seterusnya menjadi rumah tangga dakwah yang akan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.