Ramadhan ketibaanmu dinanti , pemergiannmu di tangisi...
Berlalu sudah Ramadhan ,, setelah sebulan bersama kita, Allah menghamburkan segala Rahmat dan maghfirahnya di bulan yang mulia ini. Taqabbalahhu minna wa min kum.. Semuga madrasah Ramadhan memberi kesan mendalam kepada kita dalam pelbagai sudut kehidupan.
Wanita Isma N.Sembilan telah sempat mengadakan " Iftar Perdana " pada sept.2009 bertempat di Dewan D'Ark, taman Seri Kasih , Seremban. Ia merupakan acara tahunan yang di adakan setiap tahun. Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan.
Dewan telah di kunjungi sejak waktu asar oleh 50 orang wakil pembina, 35 0rang wanita Isma dari daerah Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah , dan 12 orang dari kalangan zahrawat.
Sesi taaruf dan moreh tidak ketinggalan sebelum masing-masing mencari tempat pembaringan. Para hadirin telah di tentukan bilik penginapan mereka di asrama yang serba sederhana tapi selesa. Dua dorm cukup memuatkan semua yang tiba. Ada yang tidur di katil, ada yang angkat tilam dan tidur di bawah. Bertilawah sebelum kelopak mata bertaut. Ada juga yang masih bersembang, berkenalan antara satu sama lain. Yang pastinya jam 12 malam lampu sudah mulai suram dan suasana menjadi hening.
Seawal jam 3.30 pagi sudah ada yang bingkas bangun menuju kamar mandi, ingin bersiap sedia untuk solat malam berjemaah di dewan solat. qiam jamaiyy di bulan Ramadhan yang indah. Seusai solat dan doa juadah sahur pula menanti. Teringat zaman sekolah dulu bersahur bersama rakan-rakan di dewan makan. Kini bersama akhawat fillah yang berbagai peringkat usia.
Solat Subuh dan kuliah subuh menandakan Iftar Perdana sudah sampai ke penghujung. Ustazah Jamiah selaku pengarah program menutup majlis dengan celotehnya. Di akhiri doa penutup oleh UmmuNaufal, lantas semua bersalaman untuk berpisah seketika, menjalakankan kewajipan dan tugas masing-masing di luar sana.
Sesungguhnya program yang sebegini amat besar maknanya antara kita dan Allah dan antara sesama kita. Semuga ia akan dapat diadakan lagi untuk kali yang ke seterusnya di Ramadhan akan datang...
Wada'an Ya Ramadhan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan