MASA ITU KEHIDUPAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
Memaparkan catatan dengan label permata hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permata hati. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Disember 2009

HOMESTAY TAHFIZ DAN JATI DIRI FATAYAT YANG MENGUJA

Anak-anak memang gembira bila cuti panjang hujung tahun. Namun jika tidak di isi dengan program yang bermenfaat ia akan berlalu begitu saja. Atau mungkin juga mengundang rasa bosan , serba tak kena dan seumpamanya.

Justeru itu ISMA Seremban telah mengambil satu langkah bijak dengan mengadakan homestay untuk anak-anak perempuan - fatayat- dari umur 9 tahun hinggalah 12 tahun. Seramai 20 orang peserta telah berjaya melayakkan diri mereka ke program ini. Pengambilan memang terhad, kerana pihak penganjur ingin memberi keselesaan kepada peserta disamping program yang efektif .


Program homestay yang bermula pada 14 disember dan berakhir pada 20 disember ini di isi dengan pelbagai aktiviti seperti hafazan , solat berjemaah, tilawah al Quran, tazkirah, tayangan video dan riadhah. Sepanjang program ini anak-anak didedahkan bagaimana untuk mengurus diri , mengemas pakaian dan kemahiran sosial selain daripada disiplin dan adab-adab muslim. Anak-anak yang hadir kebanyakkannya adalah anak-anak ahli ISMA namun dari pelbagai sekolah. Walaupun dikenakan bayaran yang bernilai lebiah dari RM100, namun ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan.

Mereka adalah merupakan generasi muda yang diharapkan akan menjadi pendokong dan pejuang Islam di masa hadapan. Jati diri yang terbentuk sejak awal akan membantu perkembangan mereka untuk menjadi manusia hebat. Mereka amat memerlukan tunjuk ajar, pimpinan dan nasihat dari orang dewasa dari masa ke semasa di samping kasih sayang dan disiplin. Lebih-lebih lagi anak-anak perempuan, jika tiada pendedahan yang sihat besar kemungkinan kekosongan ini akan dipenuhi oleh pengaruh-pengaruh lain yang berbagai bentuk di luar sana.

Kadang-kadang anak-anak tidak terlepas dari perasaan yang berbaur ketika di cadangkan untuk menghadiri sesuatu program, apatah lagi yang panjang tempohnya dan banyak berada di 'in-door'. Kurang yakin diri , tidak suka, malu, rindu pada keluarga antara dilema biasa yang menghantui remaja kecil ini. Namun ia hanya sementara.. program-program yang telah disusun rapi mampu memenangi hati mereka. Kelihatan mereka amat teruja dan berlumba-lumba memperbanyakkan bilangan surah yang dihafal.

Fasi dari PEMBINA seramai sepuluh orang yang datang secara berjadual memang banyak membantu termasuk yang baru sahaja selesai menduduki SPM dan STPM , kerana usia-usia sebegini memang cocok untuk bergaul dengan anak-anak. Di samping itu akhawat yang telah meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit serta komitmen dengan tugas-tugas mereka amatlah dihargai.

Anak-anak yang sedang membesar memang aktif, disamping keletah mereka yang tak mengenal letih. Contohnya ketika hendak tidur malam .. asyik bercerita dan berbual sesama mereka.. lewat malam barulah sepi suasana...

Sesekali mereka juga di ajar menyediakan makanan-makanan yang simple seperti sandwich. Membantu dalam berkemas selepas makan, menyediakan tempat tidur dan mengemaskannya memang tugas wajib mereka, di samping mencuci pakaian sendiri. Semuga ini adalah pengalaman yang menyeronokkan dan bekalan untuk masa depan buat nereka.

Di hari terakhir homestay tersebut majlis penutup da meriahkan dengan persembahan dari anak-anak. Penyampaian hadiah untuk aktiviti berkumpulan , hafazan terbanyak dan peserta tokoh telah di sampaikan oleh Ketua Wanita ISMA Seremban, D.Zainon bt Yahya. Para peserta turut mendapat sijil penyertaan .

Adik Husna Bt Anuar, 11 tahun telah dinobatkan sebagai pelajar tokoh pada homestay tahfiz dan jati diri fatayat tahun 2009 ini. Adik Husna adalah peserta dari Kajang , Selangor, telah berjaya menyesuaikan diri dan menunjukkan ketokohannya melalui program Homestay di Seremban ini . Tahniah adik Husna..!!

Majlis tersebut turut di hadiri oleh ibu-ibu sebagai meraikan permata hati gemilang ini. Dan jamuan ringan telah di adakan sejurus majlis penutup tamat.

Gambar beramai-ramai ini di ambil pada malam terakhir mereka berada di homestay ini. Jam sudah menunjukkan hampir sebelas malam, lepas tilawah al Quran secara beramai-ramai, namun mereka masih kelihatan segar, Jelas diwajah mungil mereka perasaan gembira kerana dapat mengikuti program homestay ini sepenuhnya. Mereka amat teruja untuk persembahan pada hari esok dan pulang bersama keluarga.

Isnin, 7 Disember 2009

NAZIM SEREMBAN SEMAKIN KE DEPAN

Berlatih dulu .... walau dah last minit...!!

Pada aidilfitri baru-baru ini anak-anak NAZIM telah memberikan satu keyakinan kepada ibu bapa dan penggerak NAZIM bahawa ' kami boleh ...! " melalui persembahan nasyid mereka. Memang rata-rata yang menyaksikannya memuji , sekali gus merangsang mereka untuk terus aktif dan maju.

Pada 16 nov 2009 tempoh hari anak-anak NAZIM ini telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan sempena hari konvokesyen Tadika Iman yang di adakan di dewan sekolah menengah Tuanku Jaafar , Seremban. Mereka telah menyanyikan tiga buah lagu untuk hiburan murid-murid tadika dan ibu bapa yang hadir.

kenali jundi-jundi ini : Dari kiri : Nuaim, usaid, nu'man, Naim, Urkhan, Muaz, Huzaifah, Mursyid dan Mus'ab [terlindung].
Walaupun program tersebut pada waktu malam, yang berlangsung lebih kurang jam 9.00 malam , namun anak-anak sabar menunggu untuk naik pentas. Sambil menunggu mereka membuat latihan terakhir di luar dewan.

Sungguh comel anak-anak ini.. yang di sertai oleh anak-anak lelaki yang berusia dari enam hingga sembilan tahun, di ketuai oleh adik mus'ab bin Omar, 8tahun . Bakat mereka semakin terserlah apabila mereka di latih dan di beri peluang. Benarlah kata pepatah anak-anak ini bagai kain putih,, terpulanglah kepada kita orang dewasa untuk mencorakkannya.

Diharapkan anak-anak ini akan lebih ke depan dimasa-masa akan datang. Berani berada di pentas membuat persembahan di hadapan khalayak. Ini adalah satu pendedahn positif untuk mereka, dalam masa yang sama mereka dididik untuk bersosial dengan adab dan tatacara yang mulia.

Sudah sampai masanya untuk kita mempromosikan NAZIM kepada umum, sebagai satu platform untuk anak-anak yang sedang membesar ini untuk beraktiviti secara sihat sambil menggilap bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Isnin, 2 November 2009

MONOLOG WALIDAIN










" Anakku semakin remaja.. " inilah bisikan kalbu ayahanda dan bonda tatkala melihat susuk tubuh permata hatinya semakin dewasa. Perasaan gembira berbaur cemas sering mengetuk jantung mereka berdua. Aduh.. terlalu pantas masa berlalu .. "dah bujang anak kita.."

Setiap kali azan subuh anak-anak ini rupanya yang melaungkan suara merdu mereka memanggil manusia menyembah Tuhannya. Di tika malam membaca Al Quran, berzikir dan menghafaz . syukur ...Ya Allah.. Peliharalah keluarga ku , Ya Tuhanku kurniakanlah kami pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah mereka pemimimpin orang-orang yang bertaqwa...! amin..

Ibu bapa mana yang tidak seronok , gembira melihat anak-anaknya yang soleh. Alhamdulillah... tak sia-sia kesabaran dan lelah dalam mendidikmu sayang,,... Sesungguhnya air mata yang mengalir menitis itu adalah dari nurani yang amat tulus. Semuga kau mengerti remajaku.

NAZIM DI AIDIL FITRI



Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya dan mewarnakan dengan warna-warna gemilang atau sebaliknya. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa, disamping belaian dan kasih sayang. Tuah ayam nampak ditajinya tuah manusia tak siapa tahu. Asahlah bakat mereka sejak awal usia, agar menjadi pemimpin cemerlang dunia di masa hadapan.

Susah payah mendidik mereka memerlukan dedikasi dan kesabaran yang tinggi, maklumlah jika tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Cabaran dunia pendidikan masa kini semakin hebat, perlu ditangani dengan hebat. Arus yang tak menentu sentiasa bisa membikin suasana huru hara. Anak generasi yang rosak akan merugikan dunia...!! Ya .. sebenarnya dunia akan mengalami kerugian dengan kemunduran orang-orang Islam.

Ayuh... dunia menunggu-nunggu kepimpinan dari bangsa Islam yang berwibawa yang membawa risalah suci . Seandainya Islam mencapai ketuanannya sebagaimana yang kita impikan .. alangkah beruntungnya ummat ketika itu. Sedang dewasa ini anak kita menjadi rebutan kerakusan budaya dan tamadun baru.. lantaran itu apakah sewenang-wenangnya kita melepaskan mereka?? sekali-kali tidak.. peluk dan dakaplah mereka seerat-eratnya.