MASA ITU KEHIDUPAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Isnin, 21 Disember 2009

IBADAH KORBAN MENAUT PERSAUDARAAN

Setiap yang Allah fardhukan pasti ada hikmahnya untuk kita, dunia mau pun akhirat. Demikian juga ibadah korban , selain ia merapatkan hubungan kita dengan Allah, menambahkan ketaqwaan kepadaNya, ia juga mampu menjana ukhuwwah sesama manusia.


Pada hari raya aidil adha tahun ini ISMA Negeri sembilan memilih masjid jamik Johol sebagai tempat untuk melangsungkan ibadah ini. Saudara Muslim dari masyarakat orang asli adalah sepatutnya tetamu khas hari ini. Ibadah korban yang berlangsung pada 11 zuljihhah bersamaan 28 nov 2009, hari sabtu .walau bagaimanapun tidak dapat di hadiri oleh tetamu-tetamu khas tersebut. Tahukah anda kenapa? Yang sebenarnya bukan mudah untuk bawa mereka keluar dari penempatan mereka, kerana pertama kita memang kena sedikan transport untuk mereka dan kedua [ yang agar sukar] membayar sara hidup mereka untuk hari tersebut [ mungkin sebab mengganggu aktiviti mencari rezki mereka], maka mereka hanya di wakili oleh seorang pegawai yang bertangung jawab terhadap mereka [ beliau juga merupakan saudara baru , berasal dari Sabah].


Gotong royong antara ahli ISMANS dan masyarakat qaryah Johol telah berlangsung dengan mesra. Lelaki dan wanita sibuk dengan tugas masing-masing. Anak-anak juga turut gembira sambil menambah pengalaman apabila melihat secara dekat acara penyembelihan 6 ekor lembu.

Lembu -lembu yang telah selamat disembelih dilapah-lapah di asing-asingkan untuk di agih-agihkan. Dan turut di masak gulai untuk dinikmat bersama pada hari tersebut. Gulai lembu di gandingkan dengan pucuk ubi dan sambal belacan serta sayur tumis kacang panjang yang dicampurkan dengan hati dan paru.. enak sekali.

Beruntunglah mereka yang telah menunaikan ibadah korban pada hari ini, di samping pahala ibadah, dapat juga pahala sedekah.


Acara setengah hari ini dapat menaut persaudaraan antara ahli ISMA dan penduduk tempatan. kehadiran mereka amat menggalakkan. Orang kampung yang dah biasa dengan kenduri kendara tidak jadi masaalah buat mereka. Cuma orang yang tak biasa seperti ahli ISMA sendiri mungkin satu situasi yang baru atau tak secekap mereka yang kerap melakukannya.

Daging hasil dari enam ekor lembu tersebut diagihkan kepada semua yang hadhir, kepada dan saudara baru orang asli yang tinggal dibeberapa perkampungan mereka di wilayah Johol ini. Selain itu sebanyak 50 bungkus juga telah di peruntukan untuk pelajar luar negara UIAM. Tak taulah bagaimana mereka memasaknya ye... kalau kita masak gulai mungkin mereka masak sup atau BBQ agaknya ye..

Semuga akan bertambah lagi bilangan lembu-lembu dan mereka yang turut serta dalam ibadah mulia ini pada tahun-tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan