MASA ITU KEHIDUPAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Isnin, 2 November 2009

NAZIM DI AIDIL FITRI



Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya dan mewarnakan dengan warna-warna gemilang atau sebaliknya. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa, disamping belaian dan kasih sayang. Tuah ayam nampak ditajinya tuah manusia tak siapa tahu. Asahlah bakat mereka sejak awal usia, agar menjadi pemimpin cemerlang dunia di masa hadapan.

Susah payah mendidik mereka memerlukan dedikasi dan kesabaran yang tinggi, maklumlah jika tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Cabaran dunia pendidikan masa kini semakin hebat, perlu ditangani dengan hebat. Arus yang tak menentu sentiasa bisa membikin suasana huru hara. Anak generasi yang rosak akan merugikan dunia...!! Ya .. sebenarnya dunia akan mengalami kerugian dengan kemunduran orang-orang Islam.

Ayuh... dunia menunggu-nunggu kepimpinan dari bangsa Islam yang berwibawa yang membawa risalah suci . Seandainya Islam mencapai ketuanannya sebagaimana yang kita impikan .. alangkah beruntungnya ummat ketika itu. Sedang dewasa ini anak kita menjadi rebutan kerakusan budaya dan tamadun baru.. lantaran itu apakah sewenang-wenangnya kita melepaskan mereka?? sekali-kali tidak.. peluk dan dakaplah mereka seerat-eratnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan