MASA ITU KEHIDUPAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Rabu, 3 Jun 2009

WANITA ISMA SEREMBAN MABIT BERSAMA WANITA SURAU IBN KHALDUN


Fajar 29 mei 2009 membuatkan anak-anak yang bernama pelajar sekolah menghela nafas panjang, hari jumaat… hari terakhir sekolah minggu ni, nak cuti pertengahan semester selama dua minggu. Mungkin dah siap planning nak buat berbagai program dan aktiviti.

Wanita ISMA Seremban mencuri sedikit masa lapang para ibu pada jumaat malam sabtu untuk program mabit bersama masyarakat. Maklumlah kalau lewat di rancang cuti sekolah dua minggu nanti peserta-peserta yang di harapkan hadhir sudah pasti bertebaran ke sana sini.

Bertempat di surau Ibn Khaldun. Lavender Heights, Seremban,N. Sembilan, program Mabit [malam bina iman dan taqwa] telah berjaya di adakan dengan kerjasama Wanita Isma dan wanita surau itu sendiri.

Sambutan amat menggalakkan bagi pihak wanita surau. Kehadiran mencecah 37 orang. Pada jam 9. 30 malam, majlis di dahului dengan sedikit jamuan ringan sementara menunggu kehadiran penuh.



Secara rasminya mabit bermula jam 10.30 malam dengan bacaanAl Quran surah al Muzzammil dan sedikit tazkirah mengenai qiamullail oleh ustazah Norlida merangkap penyelaras pada malam itu , yang mewakili wanita surau dan wanita Isma serentak.

Acara di teruskan dengan sesi taaruf. Sebelum tidur para hadirin membaca Al Quran secara berkumpulan . Jam 12.30 malam barulah berkesempatan untuk meluruskan tubuh merehatkan diri . Malam itu hujan turun membasahi bumi, membuatkan suasana lebih sejuk dan nyaman.



Namun suasana tersebut tidak melalaikan peserta dipembaringan mereka . Peserta nyata amat bersemangat, se awal jam 3.00 pagi mereka sudah bangun untuk qiam fardhi. Qiam jamaiyy bermula jam 4.00 pagi, dengan solat hajat, solat tahajjud dan solat witir di samping diselang seli dengan doa.

Apabila tiba waktu solat subuh para peserta bersolat subuh bersama jemaah surau. Di sesi penutup sedikit ucapan dari ketua Wanita Isma Seremban , Dr.Zainon Yahya melahirkan rasa syukur di atas program yang telah dapat di jayakan, beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan yang di berikan dan mengajak sama-sama mempraktikkan Islam secara syumul. Tak lupa juga beliau memperkenalkan ISMA secara sebagai NGO dakwah dalam ucapannya yang mensasarkan “Melayu Islam” untuk menghayati Islam. Menjemput mereka bersama-sama menyumbang tenaga dalam sukarelawan ISMA dan menghantar anak-anak mereka menyertai program-program anjuran ISMA.

Bagi pihak wanita surau Ibn Khaldun pula iaitu Datin Murni selaku penasihat program mengucapkan rasa gembiranya terhadap kerjasama yang diberikan oleh wanita ISMA dan mengharapkan agar ia akan dapat di adakan setiap sebulan atau dua bulan sekali. Dan ucapan terakhir dari Puan Norijan yang merupakan pembantu penasihat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengimamkan solat. Beliau mengatakan sambutan seramai 36 orang adalah satu angka yang amat baik pada program yang pertama kali di adakan itu.

Jika di tanya kepada wanita-wanita surau yang hadhir mereka semua menyatakan rasa gembira dapat beramai-ramai bermalam dan berqiamullail walaupun sebahagian daripada mereka adalah terdiri daripada para pesara.

Mabit diakhiri dengan sarapan nasi lemak dan kopi susu. Semuga amalan akan di terima oleh Allah. Program yang julung-julung kali di adakan ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta kepada Islam kepada semua yang hadhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan