MASA ITU KEHIDUPAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Jumaat, 26 Jun 2009

SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA BUAT KRIM & NAZIM


Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dan Kelab Nadi Asybal dan Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban. Para remaja yang berumur antara 10-15 tahun daripada pelbagai latar belakang dan sekolah telah mula hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mendaftarkan diri


Lagu tema “Anak Soleh” membuka tirai program Seminar Kecemerlangan Remaja ini bermula jam 9.00 pagi. Slot pertama “Motivasi & Teknik Belajar Berkesan” yang disampaikan oleh Encik Roshidi Shaari yang merupakan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Ipoh telah berjaya memberi input yang berguna kepada para peserta. Mereka didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu dipraktikkan oleh pelajar dan beliau menerapkan keperluan penumpuan semasa belajar kepada para peserta




.

.


Setelah berhenti rehat tepat jam 11.15 pagi, Encik Roshidi meneruskan slot kedua bagi seminar ini, “Jati Diri Positif: Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat”. Beliau yang juga merupakan pegawai latihan di MAP (Motivasi Alihan Pelajar) Training & Consultancy cukup berpengalaman dalam berdepan dengan golongan pelajar. Remaja-remaja yang hadir cukup bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu daripada beliau dalam program ini. Beliau sempat mengingatkan peserta supaya meneruskan usaha jihad dengan mata pena bagi berdepan dengan cabaran umat Islam masa kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan