Jumaat, 26 Jun 2009
SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA BUAT KRIM & NAZIM
Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dan Kelab Nadi Asybal dan Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban. Para remaja yang berumur antara 10-15 tahun daripada pelbagai latar belakang dan sekolah telah mula hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mendaftarkan diri
Lagu tema “Anak Soleh” membuka tirai program Seminar Kecemerlangan Remaja ini bermula jam 9.00 pagi. Slot pertama “Motivasi & Teknik Belajar Berkesan” yang disampaikan oleh Encik Roshidi Shaari yang merupakan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Ipoh telah berjaya memberi input yang berguna kepada para peserta. Mereka didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu dipraktikkan oleh pelajar dan beliau menerapkan keperluan penumpuan semasa belajar kepada para peserta
.
.
Rabu, 3 Jun 2009
WANITA ISMA SEREMBAN MABIT BERSAMA WANITA SURAU IBN KHALDUN
Fajar 29 mei 2009 membuatkan anak-anak yang bernama pelajar sekolah menghela nafas panjang, hari jumaat… hari terakhir sekolah minggu ni, nak cuti pertengahan semester selama dua minggu. Mungkin dah siap planning nak buat berbagai program dan aktiviti.
Wanita ISMA Seremban mencuri sedikit masa lapang para ibu pada jumaat malam sabtu untuk program mabit bersama masyarakat. Maklumlah kalau lewat di rancang cuti sekolah dua minggu nanti peserta-peserta yang di harapkan hadhir sudah pasti bertebaran ke sana sini.
Bertempat di surau Ibn Khaldun. Lavender Heights, Seremban,N. Sembilan, program Mabit [malam bina iman dan taqwa] telah berjaya di adakan dengan kerjasama Wanita Isma dan wanita surau itu sendiri.
Sambutan amat menggalakkan bagi pihak wanita surau. Kehadiran mencecah 37 orang. Pada jam 9. 30 malam, majlis di dahului dengan sedikit jamuan ringan sementara menunggu kehadiran penuh.
Secara rasminya mabit bermula jam 10.30 malam dengan bacaanAl Quran surah al Muzzammil dan sedikit tazkirah mengenai qiamullail oleh ustazah Norlida merangkap penyelaras pada malam itu , yang mewakili wanita surau dan wanita Isma serentak.
Acara di teruskan dengan sesi taaruf. Sebelum tidur para hadirin membaca Al Quran secara berkumpulan . Jam 12.30 malam barulah berkesempatan untuk meluruskan tubuh merehatkan diri . Malam itu hujan turun membasahi bumi, membuatkan suasana lebih sejuk dan nyaman.Namun suasana tersebut tidak melalaikan peserta dipembaringan mereka . Peserta nyata amat bersemangat, se awal jam 3.00 pagi mereka sudah bangun untuk qiam fardhi. Qiam jamaiyy bermula jam 4.00 pagi, dengan solat hajat, solat tahajjud dan solat witir di samping diselang seli dengan doa.
Apabila tiba waktu solat subuh para peserta bersolat subuh bersama jemaah surau. Di sesi penutup sedikit ucapan dari ketua Wanita Isma Seremban , Dr.Zainon Yahya melahirkan rasa syukur di atas program yang telah dapat di jayakan, beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan yang di berikan dan mengajak sama-sama mempraktikkan Islam secara syumul. Tak lupa juga beliau memperkenalkan ISMA secara sebagai NGO dakwah dalam ucapannya yang mensasarkan “Melayu Islam” untuk menghayati Islam. Menjemput mereka bersama-sama menyumbang tenaga dalam sukarelawan ISMA dan menghantar anak-anak mereka menyertai program-program anjuran ISMA.
Bagi pihak wanita surau Ibn Khaldun pula iaitu Datin Murni selaku penasihat program mengucapkan rasa gembiranya terhadap kerjasama yang diberikan oleh wanita ISMA dan mengharapkan agar ia akan dapat di adakan setiap sebulan atau dua bulan sekali. Dan ucapan terakhir dari Puan Norijan yang merupakan pembantu penasihat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengimamkan solat. Beliau mengatakan sambutan seramai 36 orang adalah satu angka yang amat baik pada program yang pertama kali di adakan itu.
Jika di tanya kepada wanita-wanita surau yang hadhir mereka semua menyatakan rasa gembira dapat beramai-ramai bermalam dan berqiamullail walaupun sebahagian daripada mereka adalah terdiri daripada para pesara.
Mabit diakhiri dengan sarapan nasi lemak dan kopi susu. Semuga amalan akan di terima oleh Allah. Program yang julung-julung kali di adakan ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta kepada Islam kepada semua yang hadhirseminar pendidikan anak-anak 2009
" Tarbiyyah berkesan keluarga cemerlang" , merupakan tajuk pilihan Biro keluarga Wanita ISMA NS untuk seminar pendidikan anak-anak kali ini. Seminar yang dihadiri oleh lebih kurang 90 orang ahli ISMA NS telah berlangsung di dewa theateret di Pusat Dakwah Islamiyyah , Paroi , Seremban pada 17 mei 2009.
Penceramah undangan kali ini ialah Ustaz mohd. Nidzam ABd.Kadir seorang penceramah yang tidak asing lagi, yang sering memenuhi jemputan di talivesyen dan telah menulis beberapa buah buku.
Program kekeluargaan dan pendidikan anak-anak yang di adakan secara tahunan adalah bertujuan untuk melihat kembali perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam pendidikan anak-anak dan kekeluargaan. Pengetahuan ini perlu di upgred selalu dan di perhangatkan agar tidak terlepas pandang. Kerana kesibukan dalam tugas, kerjaya dan tanggungjawab-tanggung jawab dalam masyarakat tidak sepatutnya menjadi alasan untuk terabainya anak-anak dan keluarga.
Perkongsian pengalaman, teguran-teguran, tip-tip , petua , dan info-info perlu digarap oleh peserta dengan baik apabila selesai seminar. Ibu bapa dan pasangan suami isteri sewajarnya bercita-cita untuk menjadikan rumahnya madrasah dan syurga bagi keluarganya, seterusnya menjadi rumah tangga dakwah yang akan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.
SAUDARI NABILAH HUDA KEMBALI KE JORDAN
Lebih kurang enam bulan yang lalu kita pernah dikhabarkan dengan berita saudari Nabilah Huda bt Zaim (gambar) yang terpaksa dibawa pulang ke Malaysia dan menangguhkan pengajian untuk mendapatkan rawatan lanjut di dalam negara. Alhamdulillah dengan berkat usaha , doa dan izin dari Allah kesihatan Nabilah Huda semakin stabil setelah mendapat rawatan secara berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Dengan semangat beliau yang tak pernah luntur beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh di dalam bidang pengajian Syariah di Universiti Al Yarmouk, Jordan. Doakan semuga beliau berjaya menghabiskan pengajian yang masih berbaki setahun enam bulan.
Sebelum berangkat beliau telah sempat menemui para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke Timur Tengah di dalam program Selangkah ke Bumi Anbiyak anjuran Sekateriat Isma Antara Bangsa di Port Dikson baru-baru ini untuk berkongsi maklumat dan pengalaman sekali gus memberi semangat kepada adik-adik .
Tahniah.. dan selamat kembali ke dunia ilmu kepada saudari Nabilah Huda. Beliau telah selamat berlepas pada selasa 26 mei yang lepas dari lapangan terbang KLIA yang juga di temani oleh kedua ibu bapanya.
Penyakit kronik yang beliau hadapi tidak menghalang beliau dari meneruskan cita-cita murni untuk menuntut ilmu dan meneruskan tarbiyyah dibumi Jordan. Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan.
Wajahnya sentiasa ceria dengan raut wajah yang sentiasa tersenyum menambahkan keyakinan kepada kedua ibu bapanya untuk melepaskan beliau terbang ke luar negara.
Kami dari pihak wanita ISMA mendoakan kepada saudari Nabilah Huda dan rakan-rakan pelajar di Jordan agar sentiasa berada di dalam rahmat Allah, dan mengharapkan mereka akan pulang dengan selamat setelah tamat pengajian nanti . Mereka bakal menaburkan mutiara-mutiara ilmu untuk dikongsikan dan menjadi muslimah daieyah yang akan berbakti di bumi MalaysiaKEIKHLASANMU GURU
Inginku selami hatimu guru
Mengenal keperibadian murnimu
Betapa dirimu dalam ketabahan
Gigih menggenggam tanggungjawab
Tiada kedengaran bosan dibibir
Ingin sekali aku menjadi sepertimu guru
Tiada kelihatan jemu rautmu
Tidak pernah kenal erti penat
Tidak meminta puji dan puja
Memandangkan sinar ilmu mu penuh rela
Kini telah aku buktikan
Betapa aku adalah sepertimu
Ingin berjasa di medan ilmu
Mengajar dan mendidik anak bangsa
Cekal dan tabah menempuh dugaan
Kini bersamalah kita
Mengharungi dugaan dan cabaran
Jujur dan ikhlas kita berbakti
Bersama menadah tanga dengan doa restu
Kepada tuhan menjanjikan pembalasan
- sumber : Berita Harian/ iklan bank rakyat - 16mei09
TERIMA KASIH CIKGU..!!
Ajarlah anak-anakmu adab-adab bersama guru. Maklumkan kepadanya supaya sentiasa menghormati guru. Tak kira siapa pun mereka, miskinkah, kayakah, garang atau sebaliknya. Guru asas segala kerjaya dimasa depan, walaupun engkau siapa, tapi ingatlah bahawa gurulah yang memulakan ilmu dan pendidikan kepadamu, di taska.. tadika.. sekolah.. kolej dan seterusnya.
Khabarkan juga buat mereka bahawa "ibu" adalah juga adalah guru mereka, guru yang pertama. Raikan mereka setiap ketika. Dokan mereka.
Selamat hari ibu.. selamat hari guru..
DENGARLAH BONDA..!
Dalam kesibukan agenda harian, usah di lupakan putera puterimu yang masih mengharapkan kasih mu. Mereka juga mendambakan perhatianmu. Luangkanlah sedikit masamu untuk zuriat tercinta ini. makan minum, tempat tinggal yang cukup dan selesa tidak terasa kesempurnaannya tanpa belaian kasihmu.
Kadang kala bonda sengaja tidak mahu menunjukkan caring and sharingnya, dengan alasan anti anak akan naik lemak. Tapi percayalah... sesuatu yang baik itu akan balas dengan baik. Air yang menitis kebatuan akan menghasilkan lekuknya jua, inikan pula hati manusia..
Anak-anak inilah yang akan mendoakan mu setelah ketiadaanmu. Maka didiklah ia supaya mengenal tuhan ..