Isnin, 2009 November 02

MONOLOG WALIDAIN










" Anakku semakin remaja.. " inilah bisikan kalbu ayahanda dan bonda tatkala melihat susuk tubuh permata hatinya semakin dewasa. Perasaan gembira berbaur cemas sering mengetuk jantung mereka berdua. Aduh.. terlalu pantas masa berlalu .. "dah bujang anak kita.."

Setiap kali azan subuh anak-anak ini rupanya yang melaungkan suara merdu mereka memanggil manusia menyembah Tuhannya. Di tika malam membaca Al Quran, berzikir dan menghafaz . syukur ...Ya Allah.. Peliharalah keluarga ku , Ya Tuhanku kurniakanlah kami pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah mereka pemimimpin orang-orang yang bertaqwa...! amin..

Ibu bapa mana yang tidak seronok , gembira melihat anak-anaknya yang soleh. Alhamdulillah... tak sia-sia kesabaran dan lelah dalam mendidikmu sayang,,... Sesungguhnya air mata yang mengalir menitis itu adalah dari nurani yang amat tulus. Semuga kau mengerti remajaku.
video

NAZIM DI AIDIL FITRI

video


Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya dan mewarnakan dengan warna-warna gemilang atau sebaliknya. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa, disamping belaian dan kasih sayang. Tuah ayam nampak ditajinya tuah manusia tak siapa tahu. Asahlah bakat mereka sejak awal usia, agar menjadi pemimpin cemerlang dunia di masa hadapan.

Susah payah mendidik mereka memerlukan dedikasi dan kesabaran yang tinggi, maklumlah jika tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Cabaran dunia pendidikan masa kini semakin hebat, perlu ditangani dengan hebat. Arus yang tak menentu sentiasa bisa membikin suasana huru hara. Anak generasi yang rosak akan merugikan dunia...!! Ya .. sebenarnya dunia akan mengalami kerugian dengan kemunduran orang-orang Islam.

Ayuh... dunia menunggu-nunggu kepimpinan dari bangsa Islam yang berwibawa yang membawa risalah suci . Seandainya Islam mencapai ketuanannya sebagaimana yang kita impikan .. alangkah beruntungnya ummat ketika itu. Sedang dewasa ini anak kita menjadi rebutan kerakusan budaya dan tamadun baru.. lantaran itu apakah sewenang-wenangnya kita melepaskan mereka?? sekali-kali tidak.. peluk dan dakaplah mereka seerat-eratnya.

Khamis, 2009 September 24

IFTAR BERSAMA SAUDARA BARU.

Sesungguhnya orang - orang beriman itu bersaudara. Ya.. iman yang menyebabkan kita bersaudara. Saudara se-iman adalah lebih berhak untuk mendapat pembelaan,, apatah lagi jika mereka "baru" , yakni bukan agama dari keturunan mereka. Mereka menganut Islam kerana hidayah dari Allah. Pintu hati mereka terbuka untuk menerima Islam dan meninggalkan agama selain Islam. Mereka bagai kanak-kanak yang baru di lahirkan , bersih dari dosa-dosa lalu.

Di celah-celah kenikmatan kehidupan yang kita kecapi amat afdhal untuk di kongsikan bersama mereka yang memerlukan, terutama dari kalangan 'asnaf'. Lantaran itu di Ramadhan kali ini pihak ISMa meluangkan sedikit masa untuk berbuka bersama-sama asnaf "muallaf". Yang terdiri dari bangsa cina, India, Orang Asli, malahan keristian Indonesia.

Berbuka bersama mereka di perkarangag Pusat Dakwah Islamiyyah , Paroi. Majlis di hadiri oleh Yang Di Pertua Isma Seremban En.Azizi Hassan dan beberapa orang ahli Isma termasuk Dr.Zainon, ketua wanita ISMa Seremban dan Dr. Fadilah sebagai pengarah program semaian Kasih 2009.
















Setelah selesai berbuka puasa , semua yang hadir menunaikan solat maghrib berjemaah . Seterusnya majlis penyampaian sumbangan kepada para muallaf di dahului dengan ucapan Ketua Unit Ukhuwwah , PDI, Cik Noraida dan ustaz Azize bagi pihak penganjur.

Semuga sumbangan yang tidak sepertinya ini adalah merupakan detik pertautan hati antara mereka dan ISMA. Ini adalah antara program bersama masyarakat untuk saling kenal mengenal sambil menghulurkan sedikit hadiah. Di samping itu ia merupakan pendedahan kepada ahli ISMA sendiri terhadap keadaan masyarakat sekeliling, kerana mereka adalah golongan yang perlu di sampaikan dakwah Islam yang jelas dan syumul.

RAMADHAN YG TELAH BERLALU






























Ramadhan ketibaanmu dinanti , pemergiannmu di tangisi...
Berlalu sudah Ramadhan ,, setelah sebulan bersama kita, Allah menghamburkan segala Rahmat dan maghfirahnya di bulan yang mulia ini. Taqabbalahhu minna wa min kum.. Semuga madrasah Ramadhan memberi kesan mendalam kepada kita dalam pelbagai sudut kehidupan.

Wanita Isma N.Sembilan telah sempat mengadakan " Iftar Perdana " pada sept.2009 bertempat di Dewan D'Ark, taman Seri Kasih , Seremban. Ia merupakan acara tahunan yang di adakan setiap tahun. Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan.

Dewan telah di kunjungi sejak waktu asar oleh 50 orang wakil pembina, 35 0rang wanita Isma dari daerah Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah , dan 12 orang dari kalangan zahrawat.

Tekun berbuka puasa... Sebenarnya sebelum berbuka ini majlis telah di mulakan dengan sedikit Tazkirah oleh ketua wanita Seremban Dr.Zainon Yahya , seterusnya merasmikan majlis. Sebelum berbuka kami sama-sama menadah tangan memohon doa kehadrat Illahi di waktu yang mustajab ini.
Kehadiran pelajar-pelajar IPT ini memeriahkan suasana... Inilah kesempatan untuk kami bertemu mesra dan berkenalan dengan lebih dekat. Merapatkan ukhuwah dan beribadah.

Beberapa fakta penting tentang Ramadhan perlu di ulang-ulang selalu agar sentiasa ingat.. walau pun dah tahu , namun dari segi penghayatannya perlu dipertingkatkan. Peringatan demi peringatan untuk kita manusia yang sering lalai dan alpha.
Setelah selamat berbuka.. solat maghrib berjemaah mendahului agenda ibadah malam. Di ikuti dengan solat isyak dan tarawikh . Ya Allah pimpinlah hamba-hamba mu ini ke jalan ketaatan dan memperjuangkan agama Mu..!

Sesi taaruf dan moreh tidak ketinggalan sebelum masing-masing mencari tempat pembaringan. Para hadirin telah di tentukan bilik penginapan mereka di asrama yang serba sederhana tapi selesa. Dua dorm cukup memuatkan semua yang tiba. Ada yang tidur di katil, ada yang angkat tilam dan tidur di bawah. Bertilawah sebelum kelopak mata bertaut. Ada juga yang masih bersembang, berkenalan antara satu sama lain. Yang pastinya jam 12 malam lampu sudah mulai suram dan suasana menjadi hening.

Seawal jam 3.30 pagi sudah ada yang bingkas bangun menuju kamar mandi, ingin bersiap sedia untuk solat malam berjemaah di dewan solat. qiam jamaiyy di bulan Ramadhan yang indah. Seusai solat dan doa juadah sahur pula menanti. Teringat zaman sekolah dulu bersahur bersama rakan-rakan di dewan makan. Kini bersama akhawat fillah yang berbagai peringkat usia.


Solat Subuh dan kuliah subuh menandakan Iftar Perdana sudah sampai ke penghujung. Ustazah Jamiah selaku pengarah program menutup majlis dengan celotehnya. Di akhiri doa penutup oleh UmmuNaufal, lantas semua bersalaman untuk berpisah seketika, menjalakankan kewajipan dan tugas masing-masing di luar sana.

Sesungguhnya program yang sebegini amat besar maknanya antara kita dan Allah dan antara sesama kita. Semuga ia akan dapat diadakan lagi untuk kali yang ke seterusnya di Ramadhan akan datang...

Wada'an Ya Ramadhan...

Jumaat, 2009 Jun 26

SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA BUAT KRIM & NAZIM


Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dan Kelab Nadi Asybal dan Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban. Para remaja yang berumur antara 10-15 tahun daripada pelbagai latar belakang dan sekolah telah mula hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mendaftarkan diri


Lagu tema “Anak Soleh” membuka tirai program Seminar Kecemerlangan Remaja ini bermula jam 9.00 pagi. Slot pertama “Motivasi & Teknik Belajar Berkesan” yang disampaikan oleh Encik Roshidi Shaari yang merupakan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Ipoh telah berjaya memberi input yang berguna kepada para peserta. Mereka didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu dipraktikkan oleh pelajar dan beliau menerapkan keperluan penumpuan semasa belajar kepada para peserta




.

.


Setelah berhenti rehat tepat jam 11.15 pagi, Encik Roshidi meneruskan slot kedua bagi seminar ini, “Jati Diri Positif: Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat”. Beliau yang juga merupakan pegawai latihan di MAP (Motivasi Alihan Pelajar) Training & Consultancy cukup berpengalaman dalam berdepan dengan golongan pelajar. Remaja-remaja yang hadir cukup bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu daripada beliau dalam program ini. Beliau sempat mengingatkan peserta supaya meneruskan usaha jihad dengan mata pena bagi berdepan dengan cabaran umat Islam masa kini

Rabu, 2009 Jun 03

ANAK JANTAN